Friday, October 3, 2014

HARI ANUGERAH MURID SK PEREMPUAN METHODIST 2014



Wajah-wajah murid SK Perempuan Methodist yang berjaya mendapat keputusan cemerlang iaitu 5A pada UPSR tahun 2013 sudi datang untuk menerima sijil dan juga memeriahkan majlis. Terima kasih dan syabas diucapkan kepada murid-murid tersebut.



Antara penyeri majlis iaitu para waris bagi menyokong anak-anak mereka yang telah bekerja keras bagi memperoleh hadiah dalam Anugerah Kecemerlangan pada tahun ini.


Barisan guru-guru juga banyak memberi bantuan dalam menjayakan aktiviti hari anugerah pada tahun 2014. Tahniah dan syabas diucapkan.


Antara persembahan-persembahan yang dipersembahkan oleh murid-murid kepada para hadiri yang datang diantaranya ialah action song.


Persembahan Koir yang berjaya merangkul pingat perak dalam pertandingan yang lalu.


Persembahan nasyid yang berjaya menjadi Johan daerah sekaligus mewakili peringkat daerah ke pertandingan peringkat negeri.


Adik-adik comel yang menyampaikan sajak Bahasa Cina.


Acara penyampaian sijil anugerah. Tahniah diucapkan kepada para penerima anugerah pada tahun ini.



Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pengawas SK Perempuan Methodist yang sentiasa bekerja keras dalam membantu guru dan pihak sekolah bagi menjayakan aktiviti.