Saturday, May 17, 2008

PIAGAM PSS

PIAGAM PSS

Kami, Jawatankuasa Pusat Sumber Sek. Keb. Perempuan Methodist dengan penuh tekad dan semangat berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:

1. Menyediakan perkhidmatan pusat sumber yang mencukupi dan baik kepada seluruh warga Sek. Keb. Perempuan Methodist.
2. Memastikan tempat, suasana dan kemudahan pembelajaran di pusat sumber selesa dan menarik.
3. Memberi layanan yang cekap dan mesra.
4. Membantu meningkatkan kemahiran IT di kalangan pelajar dan guru.
5. Mengumpul dan menyebarkan pelbagai ilmu pengetahuan dan maklumat kepada seluruh warga sekolah.
6. Memupuk, mendidik dan melahirkan pelajar-pelajar yang minat membaca, cintakan ilmu, dan berkeperibadian mulia.
7. Peka dan prihatin terhadap kebajikan warga Sek. Keb. Perempuan Methodist.

MISI

MISI PSS

Menyediakan pelbagai jenis media dan alat bantu mengajar yang mencukupi dan berkualiti ke arah membudayakan teknologi maklumat dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran bagi melahirkan warga Sek. Keb. Perempuan Methodist yang celik dan menguasai pelbagai bidang ilmu selaras dengan era globalisasi.

VISI

VISI PSS

Mewujudkan warga Sek. Keb. Perempuan Methodist yang berwawasan, berpengetahuan, berbakat dan berketrampilan supaya dapat menyumbang kepada pembangunan Negara.

Saturday, May 10, 2008

FALSAFAH PSS

FALSAFAH PSS

Hasrat Pusat Sumber Sek. Keb. Perempuan Methodist Pulau Pinang adalah berasaskan Falsafah Pendidikan Negara bahawa penggunaan pelbagai jenis media dan alat bantu mengajar secara terancang dan berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran boleh mengukuhkan dan mengembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu.

Rak Buku-buku Terkini dan Rak Buku-Buku Fiksyen Bahasa Inggeris


























Buku Fiksyen Bahasa Inggeris ditag dengan label putih, Buku Fiksyen Bahasa Malaysia ditag dengan label biru dan Buku Bukan Fiksyen ditag dengan label kuning. Ini adalah untuk menyenangkan pemulangan buku ke rak selepas pelajar membaca buku.

Thursday, April 24, 2008

Pondok Bacaan



Murid-murid membaca buku di Pondik Bacaan semasa menunggu bas pada masa balik.

Bilik Media


Murid-murid menonton TV Pendidikan, VCD dan slaid di sini.

Sudut SAL


Murid-murid boleh meminjam lembaran kerja mengikut tahap. Mereka dapat menyemak jawapan sendiri selepas menghabiskan satu lembaran.

Bahagian Perpustakaan PSS


Ruang Bacaan dan Mesyuarat

Gambar PSS
















Pintu ke Perpustakaan S. K. Perempuan Methodist

SEKOLAH KEBANGSAAN PEREMPUAN METHODIST


Bahagian depan Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist Pulau Pinang