Tuesday, January 10, 2012

Orientasi Tahun 1 2012

Orientasi untuk murid-murid Tahun 1 2012 telah diadakan pada 28 Disember 2011. Murid-murid dengan ibubapa mereka berada di dewan sekolah pada pukul 8.30 pagi. Selepas ucapan-ucapan Pengerusi PIBG, Guru Besar dan Penolong-penolong Kanan murid-murid beratur dan pergi ke kelas masing-masing untuk mengambil ujian diagnostik. Di kelas, mereka diberi cenderahati dan buku-buku teks SPBT. Murid-murid balik pada pukul 10.45, selepas ujian diagnostik habis dijalankan oleh guru-guru.

Murid-murid dengan ibubapa mereka di dewan sekolah

Pengerusi PIBG, Pn Nadiah memberi ucapan

Guru Besar, Cik Chuah memberi ucapan

Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan Pentadbiran dengan fail-fail murid Tahun 1

Murid-murid beratur untuk pergi ke kelas

Buku-buku diedarkan kepada murid-murid dan selepas itu mereka mengambil ujian diagnostik