Thursday, January 24, 2013

Selangor National TTA Championship 2012

Fatin Nuratiqah bt. Mohd Basri telah menyertai 'Selangor National TTA Championship' sebagai seorang ahli Pasukan Pulau Pinang. Beliau telah memenangi Pingat Emas dalam Acara 'Individual Free Sparring' Peringkat Kebangsaan.


Sunday, January 13, 2013

Orientasi Penggunaan PSS

Orientasi penggunaan Pusat Sumber Sekolah dijalankan dalam masa seminggu 7 - 11 Januari. GPM menerangkan peraturan penggunaan PSS dan tunjukkan ruang-ruang yaang terdapat dalam PSS kepada murid-murid. Cara mengambil buku dan meletak balik buku juga ditunjukkan.

 GPM menerangkan cara mengambil dan meletak balik buku

Murid-murid cuba mengambil dan meletak balik buku dengan betul

 GPM menunjukkan rak-rak buku fiksyen dan bukan fiksyen


Murid-murid Tahap 1 membaca buku di Ruang Bacaan


Pelantikan Pengawas Sekolah

Upacara Pelantikan Pengawas Sekolah dijalankan pada hari Selasa 8 Januari 2013 semasa waktu perhimpunan.

Ketua Pengawas, Rayanne Paulose

Ketua Pengawas dengan Penolong Ketua Pengawas

Lembaga Pengawas Sekolah dengan Guru-Guru Disiplin

Pakaian Seragam Sekolah

Gambar di bawah menunjukkan murid-murid yang memakai pakaian seragam sekolah dengan betul.

Lencana Sekolah dijahit di sebelah kiri pakaian seragam. Jika murid memakai tudung, lencana sekolah dijahit pada tudung.

Saturday, January 5, 2013

LDP - PBS

Latihan Dalam Perkhidmatan dijalankan pada hari Jumaat 28 Disember 2012 dari pukul 9.30 pagi hingga 12.30 tgh. di Pusat Siber Sekolah. Taklimat diberikan oleh Pn. Faridah mengenai Penilaian Berasaskan Sekolah.

 Pn Faridah menerangkan tentang sistem PBS


Guru-guru menumpu perhatian semasa LDP dijalankan



Band-band PBS dengan contoh Pernyataan Standard Prestasi



Tuesday, January 1, 2013

Orientasi Tahun 1 2013

Orientasi murid-murid Tahun 1 2013 diadakan pada 27 Disember 2012. Murid-murid dipanggil beratur mengikut kelas, diberi tag nama dan mengikut guru-guru ke kelas-kelas mereka. Ibubapa diberi taklimat oleh Penolong Kanan HEM selepas ucapan-ucapan Pengerusi PIBG sekolah dan Guru Besar. Murid-murid mengambil Ujian Diagnostik di kelas. Mereka juga diberi cenderahati dan buku teks SPBT. Orientas bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada 10.30 pagi.

 Murid-murid dengan ibubapa berkumpul di dewan sekolah pada pukul 8.00 pagi

 En Teh memanggil nama murid mengikut kelas


Guru-guru menolong murid-murid memakai tag nama



Murid-murid beratur mengikut kelas dan mengikut guru-guru ke kelas masing-masing


 Ucapan Puan Pengerusi PIBG

 Ucapan Guru Besar

Taklimat mengisi borang PK HEM

Ibubapa menghantar borang-borang dan Buku Kesihatan selepas diisi


 Murid-murid mengambil Ujian Diagnostik



Guru-guru mengedarkan buku-buku SPBT