Fatin Nuratiqah bt. Mohd Basri telah menyertai 'Selangor National TTA Championship' sebagai seorang ahli Pasukan Pulau Pinang. Beliau telah memenangi Pingat Emas dalam Acara 'Individual Free Sparring' Peringkat Kebangsaan.
VISI PSS Mewujudkan warga Sek. Keb. Perempuan Methodist yang berwawasan, berpengetahuan, berbakat dan berketrampilan supaya dapat menyumbang kepada pembangunan Negara. MISI PSS Menyediakan pelbagai jenis media dan alat bantu mengajar yang mencukupi dan berkualiti ke arah membudayakan teknologi maklumat dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran bagi melahirkan warga Sek. Keb. Perempuan Methodist yang celik dan menguasai pelbagai bidang ilmu selaras dengan era globalisasi.
Thursday, January 24, 2013
Sunday, January 13, 2013
Orientasi Penggunaan PSS
Orientasi penggunaan Pusat Sumber Sekolah dijalankan dalam masa seminggu 7 - 11 Januari. GPM menerangkan peraturan penggunaan PSS dan tunjukkan ruang-ruang yaang terdapat dalam PSS kepada murid-murid. Cara mengambil buku dan meletak balik buku juga ditunjukkan.
GPM menerangkan cara mengambil dan meletak balik buku
Murid-murid cuba mengambil dan meletak balik buku dengan betul
GPM menunjukkan rak-rak buku fiksyen dan bukan fiksyen
Murid-murid Tahap 1 membaca buku di Ruang Bacaan
Pelantikan Pengawas Sekolah
Upacara Pelantikan Pengawas Sekolah dijalankan pada hari Selasa 8 Januari 2013 semasa waktu perhimpunan.
Ketua Pengawas, Rayanne Paulose
Ketua Pengawas dengan Penolong Ketua Pengawas
Lembaga Pengawas Sekolah dengan Guru-Guru Disiplin
Pakaian Seragam Sekolah
Gambar di bawah menunjukkan murid-murid yang memakai pakaian seragam sekolah dengan betul.
Lencana Sekolah dijahit di sebelah kiri pakaian seragam. Jika murid memakai tudung, lencana sekolah dijahit pada tudung.
Saturday, January 5, 2013
LDP - PBS
Latihan Dalam Perkhidmatan dijalankan pada hari Jumaat 28 Disember 2012 dari pukul 9.30 pagi hingga 12.30 tgh. di Pusat Siber Sekolah. Taklimat diberikan oleh Pn. Faridah mengenai Penilaian Berasaskan Sekolah.
Pn Faridah menerangkan tentang sistem PBS
Guru-guru menumpu perhatian semasa LDP dijalankan
Band-band PBS dengan contoh Pernyataan Standard Prestasi
Tuesday, January 1, 2013
Orientasi Tahun 1 2013
Orientasi murid-murid Tahun 1 2013 diadakan pada 27 Disember 2012. Murid-murid dipanggil beratur mengikut kelas, diberi tag nama dan mengikut guru-guru ke kelas-kelas mereka. Ibubapa diberi taklimat oleh Penolong Kanan HEM selepas ucapan-ucapan Pengerusi PIBG sekolah dan Guru Besar. Murid-murid mengambil Ujian Diagnostik di kelas. Mereka juga diberi cenderahati dan buku teks SPBT. Orientas bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada 10.30 pagi.
Murid-murid dengan ibubapa berkumpul di dewan sekolah pada pukul 8.00 pagi
En Teh memanggil nama murid mengikut kelas
Guru-guru menolong murid-murid memakai tag nama
Murid-murid beratur mengikut kelas dan mengikut guru-guru ke kelas masing-masing
Subscribe to:
Posts (Atom)